• JUN(369)
  • 222244
  • 9786297782041
1

[MANES WORDWORKS] HELAH TERAKHIR by DEFIKAISM

Regular price
RM 38.00
Sale price
RM 38.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

TAJUK : HELAH TERAKHIR

Atas arahan Tuan Rezza Dalma, Naira Amara dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Dalma Group. Jawatan Naira sebagai Operator Khidmat Pelanggan pula diberikan kepada adiknya, Rafael Dalma.

Persoalannya, kenapa? Sejak itu, insiden demi insiden mula mengancam nyawa Rafael. Apakah semua itu kemalangan biasa atau satu helah terancang? Hati Naira dihimpit rasa bersalah.

Daripada simpati, kasih mula tumbuh. Tapi kisah cinta Rafael dan Naira tidak semudah itu. Ia boleh membunuh!

“Kalau aku cakap yang insiden kali ini bukan rancangan aku, Raf percaya tak?” – Rezza

“Trust is earned, not given. Dan kau, Rezza, adalah orang yang terakhir di dunia ni yang aku akan percaya.” – Rafael

Tanpa mereka sedar, ada mata jahat yang memerhati. Dan Tuan Rezza seolah-olah menyembunyikan sesuatu daripada mereka berdua.

“Perkara paling teruk mereka boleh buat pada saya pun hanyalah bunuh. Tapi kalau awak...” – Rafael

“Sebab saya tak mahu perkara paling buruk itu berlaku pada awaklah, saya kena ikut sekali.” – Naira

Namun apakah kaitan rahsia Tuan Rezza dengan semua yang telah berlaku pada Rafael dan Naira? Dan apabila helah terakhir itu terbongkar, mampukah mereka menghadapi kebenaran itu?