• Untitled design(3)
  • 21
  • Untitled design(5)
1

[MANES WORDWORKS] VIGNETTE - SYUD

Regular price
RM 32.40
Sale price
RM 32.40
Regular price
RM 36.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Dia tu macam… vignette.

Keliling gelap, tengah-tengah sahaja yang jelas. Dan tiada garis jelas yang memisahkan antara keliling yang gelap dengan tengah yang terang itu. Macam mimpi.

[i]

Kata Najiha: “Aku nak kekalkan sikap aku yang hanya akan ingat benda gembira.”

“Eloklah tu. Ubah angin, ubah tempat. Hijrah itu satu benda yang elok.”

Dia berhijrah untuk memulihkan hatinya yang sedikit calar. Calar yang tak ada kesan pun… kan?

“Najiha.” Dia memperkenalkan diri.

“Nice meeting you, Najiha.”

Tapi dia rasa dia tak pernah jumpa lagi orang yang malas nak bercakap macam Si Dahi Kerut ni. Atau mungkin… dia pernah jumpa…. kut?

[ii]

Pada Firdaus: Matahari tu, orang kata, sifatnya terang, panas – dan kehidupan atas muka bumi ini tak boleh hidup tanpa matahari. Najiha itu… matahari. Terang – dan buat dia sentiasa tercari-cari.

“Awak memang suka cakap sepatah-patah, kan?”

“Ha! Saya memang suka cakap sepatah-sepatah.”

***

Kata Editor :

Kemahiran membuat pembaca jatuh hati pada watak-watak ialah kepandaian Syud. Vignette ini buktinya, kan?  

–Noor Suraya, Editor