• Free SHIPPING for orders over RM100 || Free BOOKMARK for all orders Shop Now!
icon-search
icon-search
  • biografi
  • hh_202302141418_0001 - Copy
  • lo_202302141418_0001 - Copy
  • photo_2023-02-19_09-44-33
  • photo_2023-02-19_09-44-33 (2)
  • photo_2023-02-19_09-44-32
SALE

[MUSTREAD] BIOGRAFI RASULULLAH EDISI JIMAT

RM 34.20
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: MUSTREAD

Penulis: RUSYDI RAMLI AL-JAUHARI


BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH SALLALLAHU ALAYHI WASALLAM adalah sebuah buku yang membawa pembaca mengenal junjungan besar, Nabi dan Rasul terakhir yang diutus kepada kita umat akhir zaman. Sebagai umat yang dilahirkan 1400 tahun selepas kewafatan Baginda tentu kita ingin mengenal perwatakan, rupa paras dan bentuk tubuh Rasulullah SAW yang dimuatkan dalam buku ini.

Buku ini juga memaparkan perjalanan hidup Rasulullah SAW bermula dari kelahiran, saat kanak-kanak hingga dewasa, isteri-isteri yang menemani sepanjang hidup Baginda, anak-anak dan cucu, sahabat-sahabat dan pembantu Baginda di sepanjang hayat Baginda menyampaikan risalah tauhid.


SIAPA YANG PERLU MEMILIKI BUKU INI

Buku BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH SALLALLAHU ALAYHI WASALLAM ini harus dimilki oleh seluruh umat Islam yang merindui, mencintai dan mengharapkan syafaat Baginda. Buku ini adalah sebahagian kecil usaha untuk kita sama-sama mengenal dan terus kekal rasa cinta kita kepada Rasulullah SAW. Firman SWT di dalam surah al-Ahzab ayat 56,

"Sesungguhnya Allah SWT dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi Muhammad SAW, Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."


BAB TUJUH

ORANG-ORANG DI SEKELILING RASULULLAH SAW


SAHABAT-SAHABAT RASULULLAH

Sahabat Rasulullah SAW yang paling masyhur ialah Khulafa' Al-Rasyidin iaitu Sayidina Abu Bakar As-Siddiq RA, Sayidina Umar bin Al-Kattab RA, Sayidina Uthman bin Affan RA dan Sayidina Ali bin Abi Talib RA.


  • Mus'ab bin Umair

Nabi SAW mengutusnya sebagai duta orang-orang Islam ketika Perjanjian Aqabah. Beliau syahid di dalam peperangan Uhud. Beliau juga diutus oleh Baginda SAW menjadi pendakwah dan orang yang mengislamkan ramai penduduk Madinah di awal kedatangan Islam.

  •  Salman Al-Farisi
    Sahabat yang mengajar Baginda SAW taktik peperangan dengan menggali parit yang dikenali dengan Khandak.

  • Abu Dzar Al-Ghifari
    Sahabat Rasulullah SAW yang hidupnya sederhana dan merupakan perawi hadis Baginda SAW.

  • Bilal bin Rabah
    Merupakan tukang azan di zaman Rasulullah SAW. Pencinta Rasulullah SAW sehingga beliau tidak mahu azan selepas kewaftan Baginda SAW kerana apabila sampai di kalimah "Asyhadu Anna Muhammada Rasulullah" pasti dia akan menangis dengan kuat.

  • Abdullah bin Umar
    Sahabat yang menghindari jawatan pemimpin, menolak peperangan dan benci akan pertumpahan darah.

  • Sa'ad bin Abi Waqas
    Seorang sahabat yang dipuji oleh Rasulullah SAW kerana kecerdikannya dan kepahlawanannya. Beliau bersama-sama Rasulullah SAW di dalam peperangan Badar dan peperangan yang lain.

  • Suhaib bin Sinan
    Asalnya seorang hamba tetapi menjadi kaya dengan perniagaannya yang maju. Suhaib ingin berhijrah bersama Rasulullah SAW dan Abu Bakar, namun dia terperangkap dengan orang-orang Quraisy. Kemudian dia menawarkan segala kekayaannya untuk melepaskan diri dan berhijrah bersama Nabi SAW.

  • Muaz bin Jabal
    Dia berbaiah dengan Rasulullah SAW dalam Perjanjian Aqabah yang ke-2. Beliau mendapat pujian dari Nabi SAW dengan sabdanya, "Umatku yang paling tahu tentang halal dan haram adalah Muaz bin Jabal." Muaz menjadi utusan Nabi SAW ke Yaman.

  • Miqdad bin Amru
    Merupakan orang ketujuh menyatakan keislamannya kepada Rasulullah SAW. Beliau bersama-sama Baginda SAW dalam peperangan Badar. Beliau menjadi pelopor kepada pasukan berkuda di dalam peperangan dan pernah dilantik menjadi Amir di suatu daerah di zaman Nabi SAW.

  • Sa'id bin 'Amir
    Terbuka untuk memeluk agama Islam ketika peristiwa pembunuhan kejam sahabat Nabi SAW iaitu Khubaib bin 'Ady. Beliau berhijrah bersama-sama Baginda SAW ke Madinah. Terlibat di dalam peperangan Khaibar dan sering menyertai peperangan yang berikutnya. Beliau dilantik menjadi gabenor di Homsh dan menjadi gabenor yang paling miskin sehinggakan dapurnya tidak pernah berasap.

  • Hamzah bin Abdul Muttalib
    Bapa saudara Nabi SAW. Pernah memukul Abu Jahal dengan busur panahnya sehingga berdarah kepala Abu Jahal kerana menghina dan mencaci Baginda SAW. Islam di tangan Baginda SAW dan berperang bersama-sama Nabi SAW di dalam peperangan Badar. Syahid di dalam peperangan Uhud sehinggakan jasadnya hancur dikerjakan Hindun binti Utbah (isteri Abu Sufiyan) dengan hatinya dimamah oleh Hindun kerana membalas dendam atas kematian ayahnya dan saudaranya di tangan Hamzah. Nabi SAW terlalu sedih dengan kematian Hamzah sehingga Baginda SAW bercadang membunuh 70 orang kafir sebagai membalas dendam terhadap kematian Hamzah namun turun ayat Al-Quran yang menyatakan memaafkan adalah lebih baik, Baginda SAW membatalkan niatnya.
Your cart is currently empty.
Continue shopping