• Free SHIPPING for orders over RM100 || Free BOOKMARK for orders over RM30 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • cahaya
  • pp_202302141419_0001 - Copy
  • hj_202302141420_0001
  • photo_2023-02-16_09-38-56
  • photo_2023-02-16_09-38-55

[MUSTREAD] CAHAYA TERANG DI NEGERI ORANG

RM 32.30
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: MUSTREAD

Penulis: OKI SETIANA DEWI


"Jelaskan kepada kami, apa itu Islam?"

"Apa itu jihad?"

"Apa itu makanan halal?"

"Bagaimana cara ibadah kamu?"

"Apakah kamu tidak mati jika berpuasa?"

"Kenapa kamu pakai tudung? Apa fungsinya?"


Tiga negara.

Kesemuanya mempunyai minoriti penduduk yang beragama Islam.

Bagaimana kita dapat memberikan pemahaman kepada mereka?

Oki Setiana Dewi menjelajah ke tiga buah negara. Mengunjungi komuniti Islam di sana. Berdialog dengan golongan bukan Muslim. Bertemu dengan pelbagai kepercayaan dan anutan.

Semuanya dengan satu tujuan.

Mencari cahaya terang di negeri orang.


PENTINGNYA ILMU BAGI PEMUDA


Proses pembelajaran tidak mengenal usia. Dalam Islam pun kita digalakkan belajar seumur hidup terutamanya belajar ilmu agama. Pencarian ilmu kami yang seterusnya adalah di Kota Canberra. Perjalanan kami dari Melbourne ke Canberra mengambil masa selama satu jam dengan menaiki pesawat.

Berlawanan dengan Jakarta sebagai ibu negara Indonesia yang ramai dan penuh dengan hiruk-pikuk, Canberra amat sepi, bahkan lebih sepi berbanding Melbourne. Canberra terletak di Australian Capital Territory, 300 kilometer dari sebelah barat daya Sydney dan 650 kilometer timur laut Melbourne.

Canberra terletak di antara dua bandar terbesar Australia. Canberra terpilih menjadi ibu negara pada tahun 1908 sebagai kompromi atas persaingan Melbourne dan Sydney bagi menjadi ibu negara. Kota ini dirancang oleh arkitek yang berasal dari Chicago, Walter Burley Griffin, dan pembangunannya bermula pada tahun 1913.

Canberra ialah bandar ketujuh terbesar di Australia dan bandar di daerah pedalaman yang paling besar. Sebagai pusat pemerintahan, di Canberra ada Bangunan Parlimen dan banyak pejabat jabatan kerajaan. Walaupun Canberra ialah ibu negara Australia, perkembangan ekonomi negara dipegang oleh Melbourne dan Sydney.

Selama di Canberra, kami ditemani oleh Abang Rus'an dan Abang Arif. Abang Rus'an merupakan mahasiswa program pasca sarjana, manakala Abang Arif adalah mahasiswa program sarjana di Australian National University.

Saya selalu kagum terhadap para pelajar ini. Kedua-duanya bercerita yang mahasiswa sarjana dan pasca sarjana di Australia bekerja sambilan sebagai pelayan restoran, tukang cuci, mengambil upah menjaga kanak-kanak, penghantar surat khabar dan bermacam-macam lagi pekerjaan lain.

"Upahnya lumayan, satu jam saja boleh dapat 25 dolat Australia." cerita Abang Rus'an.

Pekerja dalam bidang perkhidmatan memang sangat dihargai di Australia. Tiada perbezaan sosial di sana. Semuanya sama rata. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain. Orang yang mempunyai harta memerlukan perkhidmatan orang lain bagi membuat kerja-kerja yang tidak mampu mereka lakukan.

Para pelajar di Australia yang saya temui secara umumnya mendapat peluang belajar menerusi biasiswa. Mereka yang berkeluarga juga boleh membawa keluarga masing-masing. Ketika suami pergi ke kuliah, isterinya kadangkala bekerja separuh masa.

Begitu juga sebaliknya, jika isteri pergi kuliah, maka suami mencari apa sahaja pekerjaan separuh masa, yang penting halal. Para suami yang ke Australia bagi menemani isterinya belajar, mereka mendapat jolokan turis atau 'turut isteri'. Malah, sebahagian daripada mereka sudah mempunyai kerjaya yang baik di Indonesia, namun memilih mengalah seketika demi isteri tercinta.

Dalam sebuah pertemuan pelajar di Canberra, saya bertanya kepada para isteri yang belajar dengan ditemani oleh suami dan anak.

Dengan bersungguh-sungguh mereka menjawab. "Saya tak tahu macam mana hendak berterima kasih kepada suami saya atas keredaannya, agar saya dapat menuntut ilmu, iaitu melanjutkan Ph.D. di sini."

Your cart is currently empty.
Continue shopping