• fiqh taayush
  • fiqh taayush cb
  • photo_2023-03-15_14-58-37
  • photo_2023-03-15_14-58-36
  • photo_2023-03-15_14-58-34
  • photo_2023-03-15_14-58-29
  • photo_2023-03-15_14-58-27
  • photo_2023-03-15_14-58-03
1
SALE

[MUSTREAD] FIQH TA'AYUSH DALAM KONTEKS MAQASID SYARIAH

Regular price
RM 18.00
Sale price
RM 18.00
Regular price
RM 20.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Brand: MustRead

Penulis: Dr Mohammad Nidzam Bin Abdul Kadir (AL-Jarum)


Umat Islam berakidah bahawa tiada Tuhan melainkan Allah SWT. Penganut Kristian menganggap bahawa Jesus adalah anak Tuhan. Masyarakat Buddha memuliakan Buddha. Begitulah kayakinan setiap penganut agama. Namun demikian, sikap tolak ansur dan saling timbang rasa adalah salah satu asas yang kukuh untuk mewujudkan keadaan yang harmoni dalam masyarakat majmuk di seluruh dunia.

Fiqh ta'ayush ilah fikah dalam hubungan sosial dan interaksi antara masyarakat yang berbeza atnik dan agama. Ia memberi panduan kepada Muslim bagaimana mempamerkan keanjalan syariah Islam dalam segenap aspek kehidupan, selain panduan untuk bergaul dan berinteraksi bersama masyarakat pelbagai etnik dan agama sambil memelihara jati diri sebagai Muslim. Fiqh ta'ayush memberi gambaran kepada Muslim bahawa Islam membentuk kehidupan yang harmoni antara etnik dan agama.

Topik-topik yang difokuskan adalah;

1. Maqasid Syariah

2. Maqasid Syariah dalam Fiqh Ta'ayush

3. Antara Sikap Ekstrem dan Kesederhanaan 

4. Insan Berbeza Etnik dan Agama

5. Aurat dan Pakaian

6. Majlis Keramaian 

7. Makanan dan Minuman 

8. Anjing

9. Kawan, Jiran, dan Keluarga

10. Isu Agama

11. Menghormati Institusi dalam Kerangka Negara.