• Untitled design(6)
  • 202405181624_0001
  • photo_2024-05-18_16-52-47
1

[NUR EL HIKMAH] KEMBARA MAHSYAR (BUKU 2) - FARIS ZULKHARNANE

Regular price
RM 40.00
Sale price
RM 40.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: Nur El Hikmah

Penulis: Faris Zulkharnane

Sinopsis: Setiap kehidupan akan menuju kematian. Namun, adakah itu pengakhiran yang sebenar dalam sesebuah kehidupan? 

Kembara Mahsyar kini menyambung perjalanan yang tertangguh di Alam Dunia, menuju ke Negeri Abadi. Segala yang berlaku bermula dari sini, tidak akan berakhir sama sekali. Apa yang berlaku, di luar kotak pemikiran kita. 

Selepas semuanya dimatikan, dan yang kekal hanyalah Tuhan Penguasa Segalanya, kita akan dibangkitkan dengan tiupan sangkakala oleh Malaikat Israfil. Bermulalah Hari Kebangkitan, kemudian kita akan berkumpul di Padang Mahsyar untuk proses Hisab dan Timbangan Amal. 

Saat-saat getir inilah yang menjadi penentu sama ada kita tergolong dalam kalangan ahli Syurga ataupun penghuni Neraka. Ketika ini, semua daripada kita akan sibuk memikirkan nasib diri sendiri, tanpa sempat memikirkan orang lain. 

Beruntunglah bagi orang-orang yang semasa di dunia sudah bersedia dengan benih-benih amal kebaikan tadi, timbangannya memudahkan mereka meniti Titian Sirat sebelum akhirnya menjejakkan kaki ke Syurga. Mereka juga akan diberi peluang memberi Syafaat kepada orang-orang yang tertentu. Nikmat paling tinggi di Syurga, adalah menatap Sang Pencipta. Tidak mahukah kita?