• Free MEMOPAD 2022 for orders over RM30 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • mughal
  • lomn_202211150935_0001 - Copy
  • photo_2022-11-21_12-36-45
  • kmn_202211150935_0001 - Copy

[PATRIOTS PUBLICATION] MUGHAL: MUTIARA ISLAM DI INDIA

RM 23.80
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: PATRIOTS PUBLICATION

Penulis: IBN JAWI


Kerajaan-kerajaan Islam pernah didirikan di wilayah India selama lebih 700 tahun. Namun, sejarah ketamadunan ini jarang dikenang tidak sepertimana kerajaan Islam di wilayah lain. Kemudian, keruntuhan peradaban Islam di India diikuti pula dengan tumbangnya Daulah Khilafah yang selama ini memayungi umat Islam seluruh dunia pada tahun 1924. Kesatuan Islam dipecah-pecahkan. Umat diserang dari segenap sudut.

Para ulama sedaya upaya memelihara akidah umat melalui Turath Islami agar tidakdiancam dek penjajahan dan modenisasi yang rosak. Pelbagai gerakan dakwah dibina dengan pelbagai uslub. Maulana Ilyas Kandhlawi, ulama daripada keturunan Bani Taim mengasaskan Jemaah Tabligh pada tahun 1926. Usaha dakwah beliau adalah sezaman dengan Syeikh Hassan al-Banna.

Kini, usia gerakan dakwah Jemaah Tabligh telah pun hampir 100 tahun lamanya. terlalu banyak jasa dan pengorbanan mereka lakukan dalam usaha menyebarkan agama Islam. Karya ini didedikasikan sebagai tanda kekaguman dan penghargaan penulis buat mereka.


JEMAAH TABLIGH


Jika Deobandi merupakan institusi ilmu yang mewarisi kegemilangan tamadun Islam dari zaman Kesultanan Ghaznawi, Ghuri, Delhi dan Mughal, maka Jemaah Tabligh ini pula ialah cabang gerakan dakwah yang muncul daripada manhaj para ulama Deobandi. Jemaah Tabligh merupakan salah satu gerakan yang mempertahankan manhaj yang dibawa oleh para ulama India seperti Syeikh Nizamuddin Awliya. Syeikh Ahmad Sirhindi dan Syah Waliyullah Dehlawi.

Para ulama India tersebut mengamalkan tradisi berfirqah Ahli Sunnah Wal Jamaah Asyairah-Maturidiyyah dari segi akidah, bermazhab dengan salah satu dari empat mazhab iaitu sama ada Hanafi, Maliki, Syafie atau Hanbali dari segi fiqah serta berpegang dengan tarekat yang muktabar seperti Christi, Qadiri, Suhrawardi atau Naqshabandi dari segi tasawuf. Disebabkan Jemaag Tabligh ini merupakan sebuah gerakan dakwah, maka perlu diketahui terlebih dahulu perbezaan antara pendakwah dengan ulama.

Ulama dari segi bahasa ialah orang yang memiliki ilmu-ilmu. Manakala dari segi istilah yang lebih terperinci, ulama ialah orang yang memiliki ilmu-ilmu Islam. Ilmu-ilmu Islam memiliki banyak cabang dan disiplinnya. Ulama yang menguasai bidang bahasa Arab seperti nahu, saraf, balaghah dan sebagainya digelar lughawi. Ulama yang menguasai bidang qiraat, tajwid, taranum al-Quran dan sebagainya dipanggil qari dan jamaknya qurra. Ulama yang menguasai bidang sanad hadis secara riwayah dan dirayah dikenali sebagai al-musnid, al-muhadis, al-hafiz, al-hujjah, al-hakim dan Amirul Mukminin fil Hadis mengikut darjat hafalan masing-masing.

Ulama yang menguasai bidang akidah digelar mutakalimin. Ulama yang menguasai bidang tasawuf digelar sufi ariffin. Ulama yang menguasai bidang usul fiqh digelar usuliyyin. Ulama yang menguasai bidang fiqah dipanggil faqih dan jamaknya fuqaha. Fuqaha yang mencapai taraf mujtahidin pula mempunyai pelbagai tahap dalam berijtihad seperti mujtahid mutlaq mustaqil, mujtahid mutlaq ghairu mustaqil atau mujtahid muntasib, mujtahid mazhab, mujtahid muqayyad, mujtahid takhrij, mujtahid tarjih dan mujtahid fatwa.

Para mufti pada zaman kini akan berfatwa dengan menaqal pandangan para mujtahidin secara berdisiplin bagi menyelesaikan permasalahan mengikut waqi' semasa. Mufti yang dimaksudkan di sini bukanlah mufti dari sudut jawatan lantikan rasmi kerajaan seperti yang sering difahami oleh orang awam. Mufti di sini bermaksud satu taraf kedudukan ulama dalam hierarki keilmuan. Sebagai contoh, di India ramai fuqaha yang tahap kealimannya mencapai status mufti, namun dalam institusi rasmi kerajaan India zaman kini tidak wujud pun jawatan mufti.

Menurut institusi perundangan Islam dahulu, hukum yang difatwakan oleh mufti akan dilaksanakan oleh kadi. Kadi di sini bukanlah bermaksud jurunikah seperti yang selalu difahami oleh masyarakat Melayu, tetapi ia bermaksud hakim. Hakim di sini pula bermaksud orang yang akan mengadili mahkamah dan bukannya pemerintah jika diterjemah dalam bahasa Arab. Begitulah gelaran-gelaran bagi para ulama mengikut disiplin ilmu termasuklah disiplin lain seperti ilmu mantik, sejarah, siasah dan sebagainya.

Your cart is currently empty.
Continue shopping