• Novel(21)
  • Novel(21)
  • Novel(21)
1

[PATRIOTS PUBLICATION] PALESTIN DARI SUNGAI KE SEGARA

Regular price
RM 28.00
Sale price
RM 28.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan : Patriots Publication

Penulis : Ayman Rashdan Wong


Dalam sejarah tamadun dunia, Palestin menjadi saksi pergolakan, kemakmuran dan kezaliman yang berlangsung beribu-ribu tahun. Buku Palestin: Dari Sungai ke Segara karya Ayman Rashdan Wong mengupas dengan mendalam tentang bumi barakah ini - daripada sejarah Bani Israel, pemerintahan pelbagai empayar, hingga era kegemilangan Islam di bawah Khulafa al-Rasyidin.

Setiap bab membawa pembaca menyelami isu-isu geopolitik, konflik Zionisme dan perjuangan rakyat Palestin. Bermula daripada asal usul tanah Palestin, kemunculan Zionisme, sehingga perjuangan semasa untuk membebaskan Palestin daripada penindasan yang tiada penghujung. Penulis juga membongkar mitos-mitos yang sering dipropagandakan dan menyeru kepada pemahaman yang lebih adil dan menyeluruh terhadap sejarah Palestin.

Buku ini bukan sekadar naskhah sejarah, tetapi juga seruan solidariti terhadap perjuangan Palestin menjadikan ia bacaan wajib bagi mereka yang ingin memahami akar konflik dan harapan untuk masa depan Palestin yang bebas.