• Free MEMOPAD 2022 for orders over RM30 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • pejuang
  • hbn_202211140858_0001
  • photo_2022-11-14_11-30-12
  • tvc_202211140859_0001
SALE

[PATRIOTS PUBLICATION] SEO YOUNG-HAE PEJUANG KEMERDEKAAN DI PARIS

RM 28.00
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: PATRIOTS PUBLICATION

Penulis: JUNG SANG-CHEON


Seo Young-hae - seorang wartawan, diplomat dan pejuang kemerdekaan. Beliau merupakan satu-satunya nama besar di Eropah yang menghubungi kerajaan bayangan di Paris dan berjuang selama 27 tahun untuk kemerdekaan negara Korea.

Jika kehidupan seseorang di dunia ini ibarat sebuah drama, kehidupan Seo Young-hae boleh menjadi sebuah drama menarik dan menakjubkan. Dari era penjajahan empayar Jepun sehinggalah zaman selepas kemerdekaan, pengiktirafan kerajaan dalam sejarah dunia dan pembangunan mega negara Korea tergambar daripada kehidupannya.

Seo Young-haeberjuang untuk kebebasan Korea seumur hidupnya. Beliau ada sewaktu negaranya dibahagikan kepada Korea Selatan dan Korea Utara. Beliau merupakan seorang yang bijak, percaya kepada falsafah moral Confucius, berbicara dalam tujuh bahasa, pasifis dan antifasis.

Tetapi sayang, beliau merupakan aktivis kemerdekaan Korea di Paris yang tidak didendang. Namanya jarang diketahui oleh generasi sekarang.

Jadi, diharapkan buku ini akan dapat memberikan jawapan secara ringkas dan padat kepada soalan-soalan seperti, "Siapakah Seo Young-hae? Wujudkah aktivis kemerdekaan seperti itu?"



PENGAJIAN DI PERANCIS SEBUAH PERJALANAN YANG SUKAR


PADA AWALNYA, Seo Young-hae mahu menyambung pelajaran di Amerika Syarikat seperti penjaga beliau, Jang Geon-sang. Adalah satu amalan biasa pada ketika itu untuk orang muda pergi ke Amerika Syarikat bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Apatah lagi, Seo Young-hae merupakan ahli kerajaan bayangan Korea yang termuda dan mendapat galakan untuk melanjutkan pelajaran ke Perancis bagi mengembangkan lagi bakat dan potensinya.

Paris merupakan pusat diplomasi antarabangsa pada ketika itu. Selepas Perang Dunia Pertama, Persidangan Keamanan Paris telah diadakan. Pada 13 Mac 1919, Kim Kyu-sik yang merupakan seorang menteri luar bagi kerajaan bayangan Korea telah tiba di Paris. Lee Kwan-yong dari Switzerland, Hwang Gi-hwan dan Yeo Woon-hong dari Amerika Syarikat juga selamat tiba di Paris, lalu membentuk delegasi Korea. Kementerian kerajaan bayangan Korea dan Biro Hal Ehwal Awam Joseon telah ditubuhkan untuk menghasilkan dokumen dan risalah-risalah seperti 'L' independance de la Coree et la Paix' yang bertujuan menggalakkan pendapat-pendapat umum antarabangsa tentang isu Kemerdekaan Korea. Walau bagaimanapun, aktiviti-aktiviti di Paris tidak dapat mencapai hasil dan keputusan yang jelas serta memberangsangkan disebabkan oleh layanan dingin yang diterima daripada pihak berkuasa.

Kim Kyu-sik berpindah ke Amerika Syarikat pada bulan Ogos 1919 untuk bekerja dengan Rhee Syngman dan lain-lain. Kim Kyu-sik kembali ke Shanghai di antara penghujung bulan Mac hingga awal bulan April 1920. Kim Kyu-sik berkata bahawa beliau boleh bertutur dalam bahasa Inggeris secara fasih, dan juga mampu bercakap dalam beberapa bahasa lain seperti Jerman, Perancis, Rusia dan Mongolia.

Selepas Kim Kyu-sik menghadiri Persidangan Keamanan Paris sebagai wakil kerajaan bayangan, Kim Kyu-sik semakin terdesak untuk menghasilkan golongan berbakat yang mampu berbicara dalam bahasa Perancis secara fasih dalam kerajaan bayangan ini. Pucuk pimpinan kerajaan bayangan cuba untuk menghantar pemuda-pemuda seperti Seo Young-hae ke Perancis dalam usaha untuk melahirkan bakat yang mahir berbahasa Perancis. Lebih-lebih lagi, bahasa tersebut merupakan bahasa rasmi yang diguna pakai di peringkat diplomatik antarabangsa. Namun, status kewangan kerajaan bayangan pada ketika itu yang tidak mengizinkan membuatkan mereka tidak mampu membiayai kos pelajaran dan kehidupan penuntut-penuntut Korea di Perancis.

Pelajar-pelajar Korea yang belajar di luar negara terpaksa melakukan pekerjaan sambilan demi kelangsungan hidup. Ada juga yang terpaksa bertahan berbekalkan wang belanja yang dikirimkan oleh ibu bapa mereka sahaja. Ini merupakan satu cabaran kerana pada ketika itu, proses pertukaran dan penghantaran wang asing adalah amat sukar. Kebanyakan daripada

Your cart is currently empty.
Continue shopping