Terbitan: PTS
Penulis: AHMAD SHUKRI YUSOFF & AINON MOHD
STRATEGI MEMULAKAN BISNES BAGI PEMULA
"Syarat utama bagi memulakan bisnes baharu tidak semestinya perlu ada wang juta-juta, tetapi perlu ada ilmu 'juta-juta' "
Nabi membawakan kebaikan bukan hanya kepada umat Islam sahaja, bahkan kepada penduduk seluruh dunia. Banyak ilmu perniagaan yang beliau tunjukkan dapat dipraktikkan oleh orang Islam mahupun bukan Islam.
Buku ini ditulis khusus untuk bacaan sesiapa sahaja yang berminat hendak menceburi dunia bisnes pada suatu hari nanti. Sesuai dengan tujuan itu, idea-idea dan pandangan dalam buku ini dapat dijadikan bahan berfikir sebelum membuat keputusan bisnes apa yang mahu dimulakan.
Dalam buku ini, kita akan belajar:
- Idea bisnes baharu bagi pemula
- Cara Nabi dalam mengendalikan bisnes beliau
- Ilmu strategi dalam menguruskan risiko gaya nabi
- Idea membesarkan pasaran dan memaksimumkan keuntungan
- Dan banyak lagi.
Buku ini sesuai menjadi rujukan kepada pemula bisnes.
ISI KANDUNGAN
Pengantar Penulis
Pendahuluan
BAHAGIAN 1 - BAKAT DAN ILMU BISNES
BAB 1 Ciri Psikologis dan Mindset Keusahawanan
BAB 2 Apa itu Ilmu Bisnes?
BAB 3 Sekolah Bisnes Langgar Dinding
BAB 4 Sekolah Bisnes Aliran Iman
BAB 5 Sekolah Bisnes Aliran Semangat
BAB 6 Aliran Sekolah Ilmu Bisnes Profesional
BAB 7 Ilmu Bisnes Bukan Ilmu Membuat Produk
BAB 8 Pengeluaran dan Pembuatan Bukan Bisnes
BAB 9 Ilmu Bisnes Bukan Ilmu Menjual
BAB 10 Ilmu Bisnes Bukan Ilmu Mualamat
BAB 11 Bisnes dan Agama
BAB 12 Akhlak Peribadi Bukan Akhlak Bisnes
BAB 13 Fungsi Bisnes adalah Mencipta Kekayaan
BAHAGIAN 2 - SEKOLAH BISNES SERVIS
BAB 14 Sekolah Bisnes di Kampung Bani Saad
BAB 15 Modal Pertama dalam Bisnes
BAB 16 Modal Bagi Memulakan Bisnes
BAB 17 Memulakan Bisnes dengan Modal dalam Tangan
BAB 18 Pelanggan Bisnes Pertama
BAB 19 Memilih Bisnes Pertama
BAB 20 Kambing Orang Kaya
BAB 21 Menjalankan Bisnes dari Rumah
BAB 22 Alat Kerja Bisnes Pertama
BAHAGIAN 3 - SEKOLAH BISNES TRADING
BAB 23 Tukar Bidang Bisnes
BAB 24 Sekolah Bisnes Rumah Abu Talib
BAB 25 Abu Talib Sang Guru Kebijaksanaan
BAB 26 Sekolah Bisnes Kafilah Abu Talib
BAB 27 Sekolah Bisnes Praktikal
BAB 28 Sekolah Trading Abu Talib
BAB 29 Ilmu Bisnes Premium
BAB 30 Memulakan BIsnes Trading
BAHAGIAN 4 - BISNES TANPA PRODUK
BAB 31 Memulakan Bisnes Tanpa Membuat Produk
BAB 32 Marketing Dahulu Baru Buat Production
BAB 33 Kelebihan Menjual Produk Pihak Lain
BAB 34 Model Bisnes Trading Pertama
BAB 35 Memilih Rakan Kongsi
BAHAGIAN 5 - BISNES ORANG TENGAH
BAB 36 Pedagang adalah Orang Tengah
BAB 37 Membuka Channel
BAB 38 Memilih Barang Dagangan
BAB 39 Pembekal Barang Dagangan
BAB 40 Bermain dengan Banyak Produk
BAB 41 Bermain dalam Banyak Sektor
BAB 42 Bermain dalam Sektor yang Berkembang
BAB 43 Bermain dalam Sektor Keperluan
BAB 44 Produk Kering vs Produk Basah
BAB 45 Bermain dalam Sektor Produk Pertengahan
BAB 46 Bisnes Menjual Alat-alat Kerja
BAB 47 Ilmu Strategi Mengurus Risiko
BAHAGIAN 6 - PENGELUARAN DAN PEMBUATAN
BAB 48 Memulakan Bisnes Pembuatan
BAB 49 Memilih Produk untuk Dibuat ataupun Dikeluarkan
BAHAGIAN 7 - MELURUSKAN KEKELIRUAN
BAB 50 Pasaran Terbuka
BAB 51 Membesarkan Pasaran
BAB 52 Untung Maksimum
BAB 53 Dedahkan Kos
BAB 54 Bisnes Melayu-Islam
BAB 55 Produk Sunnah
BAB 56 Produk Yahudi
BAB 57 Skrip Menjual Hasil
BAB 58 Menjual Tanpa Menekan
BAB 59 Hype-hype
BAB 60 Janji Palsu dan Sumpah Lembut
BAB 61 Kualiti Palsu
Lampiran
Biodata Penulis 1
Biodata Penulis 2
BAHAGIAN 1 - BAKAT DAN ILMU BISNES
BAB 1 Ciri Psikologis dan Mindset Keusahawanan
Kajian pakar-pakar psikologi mendapati terdapat perbezaan antara ciri psikologis golongan usahawan atau entrepreneur dibandingkan dengan psikologi orang-orang biasa. Kebanyakan orang awam menyangka golongan usahawan hanya mahukan wang dan kekayaan semata-mata, dan dua perkara itu mendorong mereka bekerja keras.
Ciri psikologis dan mindset keusahawanan adalah:
1. Wang bukan dorongan usahawan
Pakar-pakar psikologi mengatakan golongan usahawan bukanlah mahukan dan mengejar wang semata-mata. Bagi mereka, wang datang dengan sendiri selepas mereka berjaya melakukan perkara yang dirancang. Hasil kejayaan itulah membolehkan mereka menjadi kaya.