[PTS] FAHAMI 40 SUNNAH SOLAT BERDASARKAN MAZHAB SYAFIE
- Regular price
- RM 19.80
- Sale price
- RM 19.80
- Regular price
-
RM 22.00
Worldwide shipping
Secure payments
Authentic products
Share
Terbitan: PTS
Penulis: MUSTAFFAR MOHD SUKI & AHMAD ZAHIRUDDIN MOHD ZABIDI
Kitab al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh tulisan Prof. Dr. Wahbah Mustaffa al-Zuhayli antara kitab yang menjadi rujukan utama dalam bidang fiqh Mazhab Syafie di Malaysia.
Buku 'Fahami 40 Sunnah Solat Menurut Mazhab Syafie Berdasarkan Kitab al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh' ini menghuraikan secara khusus sunnah-sunnah dalam solat menurut Mazhab Syafie.
Apa yang menarik mengenai buku ini adalah:
- Satu-satunya buku di Malaysia yang membahaskan secara khusus mengenai sunnah-sunnah solat yang terdapat dalam Mazgab Syafie.
- Penyampaian bergambar yang ringkas dan mudah difahami.
- Sesuai dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran di mana-mana institusi pendidikan.
Sunnah-sunnah Berkaitan Takbir & Berdiri dalam Solat
- Mengangkat kedua-kedua tangan setinggi kedua-dua bahu apabila takbiratul ihram (suara yang keras), takbir rukuk dan ketika bangkit daripada rukuk.
- Tidak terlalu merenggangkan jari-jemari atau terlalu merapatkannya ketika takbir.
- Meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri dan menempatkannya di pertengahan antara dada dan pusat, bersandarkan hadis riwayat Ibn Khuzaymah.
- Membaca doa iftitah dalam solat fardu dan solat sunat.
- Membaca ta'awuz dalam solat fardu dan solat sunat.
Sunnah-sunnah Berkaitan Lafaz Bacaan dalam Solat
- Membaca jahar iaitu keras atau kuat pada tempat yang diisyaratkan oleh nas Rasulullah SAW membaca keras atau kuat.
- Membaca sir iaitu perlahan pada tempat yang diisyaratkan oleh nas Rasulullah membaca sir.
- Mengucapkan آمين sesudah selesai membaca surah al-Fatihah. Bacaan آمين dilakukan dengan jahar dalam solat-solat jahriyyah dan dilakukan dengan sir dalam solat-solat sirriyyah.
- Membaca surah selepas al-Fatihah pada dua rakaat pertama bagi imam dan selainnya, kecuali bagi makmum solat jahriyyah.
- Keadaan bacaan dalam solat, khususnya bacaan surah.
Sunnah-sunnah Berkaitan Rukuk & Sujud
- Kedudukan tangan ketika rukuk dan sujud.
- Membaca takbir setiap kali hendak rukuk dan bangkit selain rukuk sebagaimana yang diisyaratkan dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim.
- Meletakkan kedua-dua tapak tangan di lutut ketika rukuk dalam keadaan jari terbuka dan mencengkam berdasarkan isyarat daripada hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.
- Membaca tasbih sebanyak tiga kali dalam rukuk dengan lafaz minimum سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيم
dan ditambah dengan وَبِحَمْدِهِ sebagai pelengkap.
- Mengucapkan kalimah tasmi', yakni ucapan سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ yang bermaksud: "Allah mendengar sesiapa yang memuji-Nya," sebagaimana riwayat al-Bukhari dan Muslim.
- Ketika mahu sujud, kedua-dua lutut didahulukan sebelum kedua-dua tapak tangan, disusuli dengan dahi & hidung.
- Membaca tasbih سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى ketika sujud berdasarkan riwayat Muslim dan Abu Dawud RH.
- Meletakkan tangan berhadapan dengan kedua-dua belah bahu ketika sujud dengan jari-jemari dirapatkan serta menghadap kiblat.
- Bagi kaum lelaki, kedua-dua lengan mereka dijauhkan daripada sisi lambung dan kedua-dua belah peha daripada perut mereka, manakala bagi kaum wanita pula adalah sebaliknya.
- Disunatkan menghadapkan jari-jemari kaki ke arah kiblat.
- Disunatkan untuk berdoa ketika duduk antara dua sujud.
Sunnah-sunnah Berkaitan Duduk Antara Sujud & Tahiyyat
- Duduk iftirash ketika duduk antara dua sujud dan tasyahud awal iaitu punggung di atas kaki kiri dan kanak tegak.
- Duduk istirahah dengan posisi iftirash seusai bangkit sujud kedua setiap rakaat dengan kadar tamakninah.
- Menongkatkan kedua-dua tangan ke lantai ketika hendak bangkit daripada rukun duduk atau sujud.
- Mengangkat kedua-dua tangan ketika bangkit daripada tasyahud awal.
- Duduk tawarruk pada tasyahud akhir, yakni dengan meletakkan punggung sebelah kiri ke lantai dan kaki kanan ditegakkan.
- Meletakkan tangan pada kedua-dua peha dengan tangan kanan dalam keadaan menggenggam jari-jemari kecuali jari telunjuk ketika tasyahud.
- Pandangan mata tertumpu kepada jari telunjuk menurut riwayat Abu Dawud
×
×