• hikmat
  • lembaga_hikmat_portal
  • Screenshot_2023-03-24_123742
  • Screenshot_2023-03-24_123842
  • Screenshot_2023-03-24_123934
  • Screenshot_2023-03-24_124012
  • Screenshot_2023-03-24_123953
1

[PTS] KARYA HAMKA: LEMBAGA HIKMAT

Regular price
RM 16.20
Sale price
RM 16.20
Regular price
RM 18.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: PTS

Penulis: HAMKA


Buku ini mengandungi 10 kisah dan pengalaman hidup orang yang menempuh pelbagai rencah dan rencam masalah.

Ambillah secebis teladan yang ada sebagai perbandingan dan panduan dalam hidup setiap insan, kerana setiap peristiwa itu meliputi naik turun kehidupan manusia yang penuh suka duka, tangis tawa, tauladan dan sempadan.




JABATAN PERISIK ZAMAN DAHULU KALA


KERANA TANGANKU, BUKAN KERANA TANGAN AMER


Sebelum Nabi Muhammad SAW dibangkitkan membawa syariat Islam, iaitu 215 tahun sebelum kematian Nabi Isa al-Masih a.s., adalah seorang raja bernama Jazimah Ibnu Malik al-Azadi, raja di negeri Hirah, bermusuh dengan Raja 'Amer bin Zarb al-'Aligi, raja di tepi-tepi sungai Tigris dan Furat.

Meskipun Raja Jazimah seorang raja yang rosak matanya sebelah, tetapi kemasyhurannya cukup untuk menggentarkan musuhnya.

Pada masa itu sudah ada juga perebutan pengaruh dan peluasan jajahan, sebab itu dalam suatu peperangan yang hebat, Raja 'Amer bin Zarb telah terbunuh mati, jatuh di bawah tangan Raja Jazimah yang masyhur itu.

Ketika baginda akan menutup mata, dia telah meninggalkan wasiat kepada orang-orang besarnya, bahawa yang akan menggantikannya memegang kerajaan ialah puterinya sendiri, seorang puteri rupawan yang masih muda, berumur belum cukup 20 tahun, bernama Zainab bergelar Zaaba.

Kecantikannya, sudah cukup menjadi kekayaannya, padahal dia memang kaya juga. Keseimbangannya telah cukup menjadi maharnya, padahal berapa tinggi mahar yang akan dibayar orang kepadanya, belumlah akan menambah jumlah hartanya. Di samping kecantikan rupa puteri itu, dia pun cukup mempunyai perangai yang harus ada pada tiap-tiap perempuan, pemalu, hormat, teguh hati dan kuat cita-cita. Suaranya merdu laksana buluh perindu, sehingga jika mungkin dengan suara demikian dia hendak menyuruhkan seorang pahlawan ke medan perang, perintah itu sudah cukup buat menjadi bekal pahlawan itu menghadapi mati dengan gembira.

Memang, Raja Amer meninggalkan wasiat, tidak dipilih laki-laki kerana sebelum Islam diciptakan, orang perempuan pun banyak faedahnya memegang kendali kerajaan. Senyumnya sahaja sudah cukup untuk membatalkan rancangan musuh.

Setelah Maha Suri duduk di atas singgahsana kerajaan, dari sehari ke sehari, dari sebulan ke sebulan, dari setahun ke setahun, bertambah nyata, bagaimana besar jasa raja perempuan itu, di dalam negeri yang diperintahnya. Dia bukan seperti raja perempuan lain-lain di zamannya, yang mengambil kesempatan buat melepaskan nafsu mudanya di dalam memegang kerajaan.