[RC PUBLICATION] DIA BIDADARI MILIK LUQMAN - MIA AZWARI
- Regular price
- RM 36.00
- Sale price
- RM 36.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
PENERBIT : RC PUBLICATION
PENULIS : MIA AZWARI
Ain dan Luqman. Tak pernah sebulu sejak dari kecil. Pantang berjumpa, ada saja perang mulut yang berlaku.
" Kau dengar sini perempuan. Lelaki yang dapat kau sebagai isteri, memang malang nasib dia. Silap-silap kau janda." - Luqman
" Entah-entah, kau jadi bujang terlajak tapi kau jangan risau. kalau aku masih tak kahwin lagi atau dah bergelar janda, biar aku pinangkan kau." - Ain
Tiba-tiba hati masing-maing sudah pandai menderhaka. Mulut kata bencitapi dihati, perasaan lain yang muncul. Disaat Ain dilamar seseorang, dia cuba dapatkan kepastian.
" Pernah tak kau suka aku?" - ain
" Memang tak lah aku suka kau. nak anggap kau kawan pun tak ingin." - Luqman
Ain akur drinya bertepuk sebelah tangan selepas...
" daa orang yang meminang Man. Mak dah setuju." - Mak Yam
" Mak! Kenapa mak pandai-pandai sangat ni buat keputusan? Mak sedar tak siapa yang pinang Man tu? Ain mak ... Ain!" - Luqman
Hidup Luqman jadi huru hara dipinang Ain yang kini sudah bergelar janda. Takkan disebabkan sumapahan Ain dulu, dia menjadi mangsanya? Kerana satu perkara, Luqman nekad menerima wanita itu sebagai isteri.
" Ain harap, kehadiran Ain dalam hidup Man bukan satu beban." - Ain
" Aku akan cuba bahagiakan kau dengan tulang empat kerat aku ni tapi kau kena hadaplah lelaki muka berkilat ni. " - Luqman
Apakah yang berlaku dalam hidup Ain sepanjang 10 tahun lepas? Dan adakah rumah tangga mereka sama seperti hubungan mereka yang dulu, yang sering dihiasi dengan pergaduhan serta salah sangka? "