• Free MEMOPAD 2022 for orders over RM30 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • uwais
  • lop_202211031658_0001
  • bvj_202211031659_0001
SALE

[THE BIBLIO PRESS] RIWAYAT HIDUP DAN PERISTIWA PADA ZAMAN UWAIS AL-QARNI

RM 25.00
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: THE BIBLIO PRESS

Terjemahan oleh: NAJIBAH ABU BAKAR


Ini sebuah kisah penuh keajaiban. Keajaiban yang mencabar keimanan kita terhadap Maha Penguasa.

Manusia pertama, Adam, ialah keajaiban teragung. Begitu juga mukjizat yang dibuktikan oleh para Nabi, dari Adam hingga Muhammad SAW, serta para solihin dan wali Allah dalam lipatan sirah. Tiada penjelasan yang rasional mengenai keajaiban-keajaiban ini, apatah lagi hujah untuk menolaknya.

Kami memutuskan untuk menerbitkan kisah ini dengan keyakinan bahawa Uwais al-Qarni bukanlah mitos - empunya nama ini benar-benar hidup pada zaman Rasulullah. Gaya hidup dan kecintaannya yang tinggi terhadap Nabi SAW walaupun kedua-duanya tidak pernah bertemu secara misteri.

Kisah ini berkisarkan keperibadian beliau yang tersembunyi, yang selalu terselindung daripada pandangan khalayak. Kehidupannya adalah ketakwaan, selalu dekat kepada Sang Pencipta. Kecintaannya terhadap keunyian dan tawakkul (keberserahan kepada Allah) ialah akar kepada kisah ini. Hidup beliau mengingatkan kita akan sabda Nabi SAW:

"Tidak ada antara kalian yang boleh menjadi orang yang benar-benar beriman sehingga dia memandang Allah dan Rasul-Nya sebagai yang lebih disayangi daripada yang lain."


Bab 1: Gambaran Keseluruhan tentang Uwais al-Qarni


Latar belakang ringkas

Pada zaman Nabi kita SAW yang tercinta, terdapat seorang tokoh yang hidup bertemankan bayangan orang yang sangat dikasihinya, tetapi orang itu tidak pernah ditemui oleh beliau. Beliau memilih untuk menyembunyikan diri daripada pandangan dunia dan penghuninya. Dengan berbuat demikian, beliau kekal mendiami lembah di sekitar sempadan Yaman tanpa dikenali, berhampiran sebuah kampung kecil bernama Qarn. Inilah tokoh yang dinyatakan oleh baginda Nabi SAW sebagai sahabat yang dicintainya. Namanya Uwais al-Qarni ra dan beliau berasal daripada suku kaum Murad.


Beliau dilabel sebagai orang tidak siuman oleh masyarakat, dan beliau memounyai penampilan yang dikatakan dapat membuat kanak-kanak ingin melemparnya dengan kerakal ke mana-mana sahaja beliau pergi. Setelah beberapa tahun berlalu, beliau telah dilupakan sama sekali oleh mereka yang pernah menghinanya. Pada masa yang sama, dari sebuah kota yang bercahaya nun di kejauhan, beliau telah dikurniakan gelaran yang terpuji dan diingati dalam perhimpunan yang mulia. Gelaran itu bukan daripada masyarakat, tetapi daripada sebab segala yang wujud (cause of existence), Kekasih Sang Pencipta, cahaya alam semesta - Nabi Muhammad SAW.

Status yang telah diberikan kepada Uwais al-Qarni ra oleh Nabi SAW begitu tinggi sehingga beliau dinyatakan sebagai yang terbaik dalam kerajaan tabi'in (generasi yang paling tinggi darjatnya selepas para Sahabat Nabi SAW), seperti yang disabdakan Nabi SAW:

"Sudah tentu, ada seorang lelaki yang terbaik dalam para tabiin. Namanya Uwais."

Dalam beberapa peristiwa, Nabi SAW telah menyebut tentang sahabat yang dikasihinya ini, yang dikhabarkan oleh Hadrat Ibn Sa'ad r.a bahawa Nabi SAW pernah bersabda:

"Dalam kalangan umatku (pengikutku) aku mempunyai seorang sahabat yang bernama Uwais al-Qarni."

Hal yang luar biasa dalam persahabatan antara yang mencintai dan yang dicintai ini adalah, meskipun Uwais al-Qarni ra telah dinyatakan sebagai sahabat terpilih Nabi SAW, namun Uwais al-Qarni ra tidak pernah melihat Nabi SAW secara fizikal mahupun betemu baginda. Namun begitu, di sebalik beliau tiada bersama Nabi atau tidak dapat melihat baginda secara langsung, Nabi SAW mengakuinya sebagai sahabat berulang-kali, sehingga ke tahap baginda sering berseru kepada sahabatnya:

"Aku dapat mencium haruman sahabatku yang datang dari bumi Yaman."

Your cart is currently empty.
Continue shopping