• Free MEMOPAD 2022 for orders over RM30 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • 3.png
  • bukan itu yg ku inginkan(1).png
  • bukan itu yg ku inginkan.png
DISCOUNT 15%

[FAJAR PAKEER] - BUKAN ITU YANG KUINGINKAN by Ezdiani Abd Rahman - SMO

RM 20.40
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

BUKAN ITU YANG KUINGINKAN


Cinta sejati takkan terganti. Tapi, bagaimana kalau satu hari nanti ada seseorang yang layak dicintai?

Amisha setia pada cintanya kepada arwah Danish. Pemergian Danish ke negara abadi merenggut kehidupannya.

"Kau pembunuh! Kau yang buat anak aku mati!" – PUAN AZIZAH

Bencinya Puan Azizah kepada Amisha. Kerana detik hitam itu Amisha terkesan. Dia tertekan dengan kata-kata nista itu.

Di kala hati mengatakan tidak kepada cinta, datang Fawwaz yang sekian lama menaruh hati kepada Amisha. Baru mengorak bahagia, Fawwaz pergi juga meninggalkannya selamanya. Benar kata orang… Dia perempuan malang. Dia pembawa bencana. Sungguh Amisha mengakui kebenarannya.

Kala dia menjahit luka yang masih berdarah, si kembar Danish iaitu Danny cuba merisik hatinya. Tapi, Amisha menolaknya.

"Cukuplah hubungan kita sebagai bekas ipar sahaja. Itu lebih baik daripada kita melukakan banyak hati." – AMISHA

“Memang bukan jodoh, bila ikatan itu tidak terjalin. Tetapi, berusaha memiliki jodoh, itu bukanlah satu kesalahan.” - DANNY

Mampukah Danny meluluhkan perasaan Amisha yang masih terkapai-kapai mencari cinta yang hilang? Atau Amisha terus menerus memilih menutup hatinya?

Rindu itu menyakitkan, lebih-lebih lagi merindui seseorang yang telah pergi selama-lamanya.

Sampai bila dirinya menyimpan rasa sayang kepada si dia yang telah tiada?

Your cart is currently empty.
Continue shopping