• template-novelcerah.png
1
SALE

[SUARA HATI PUBLICATIONS - NOVEL MELAYU- MANTERA CINTA TUAN MUDA

Regular price
RM 23.40
Sale price
RM 23.40
Regular price
RM 26.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products
Nur Adha - Ditinggalkan tanpa alasan yang kukuh membuatkan hatinya tertutup untuk bercinta lagi. Bukan tidak ada yang cuba mendekati tetapi bagi Adha, cukuplah sekali dia terluka. Parutnya masih kekal sehingga kini.Muammar Ramadhan - Melukakan hati seorang Nur Adha langsung tidak pernah terlintas di fikirannya, biarpun dirinya sering digelar ‘playboy’ tersohor. Namun, Ramadhan tersepit di antara permintaan si ayah dan kehendak sendiri. Akhirnya dia memilih untuk meninggalkan Adha.
Percaturan takdir yang tersusun akhirnya menemukan kembali Adha & Ramadhan. Sudah tertulis jodoh mereka bersama walaupun kebencian menghuni segenap hati Adha, perasaan cinta untuk Ramadhan masih menebal. Dengan sekali lafaz, mereka diijabkabulkan.
Siapa sangka kebahagiaan yang dirasakan hanya bertahan sebentar sahaja. Mengapa ada yang menggelar Ramadhan dengan panggilan ‘tuan muda’ dan ‘Boy’? Kemunculan semula Hanani yang dulu menjadi pemisah hubungan cinta mereka semakin merumitkan keadaan.
Perjalanan hidup berumah tangga jadi semakin berliku apabila satu per satu rahsia kehidupan lampau Ramadhan tersingkap. Terlalu banyak misteri sehingga menjadikan hubungan mereka renggang dan semakin menjauh.