Free shipping for orders over RM100 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • CINTA.png

NOVEL BIARKAN CINTA ITU BERNAFAS

RM 25.00
- +
code
icon-bag Add to Cart
Home

Terbitan: FAJAR PAKEER

Penulis: AL-WAHYU


Rindu, pasrah… menyerah. Perlahan-lahan bercantum menjadi sekeping hati yang remuk setelah mengetahui khabar si pujaan yang dikasihinya sudah berkahwin dengan wanita lain. 

“Mudahnya kau lupakan aku. Kau angkat aku sebagai ratu. Kau taburi aku dengan janji-janji manismu. Ni kalau aku buat gila lagi, nak saja sekejap lagi aku nyanyi lagu Janji Manismu.” – ZARA MARISSA 

Dengan perasaan yang sudah kosong, dia nekad berdepan dengan lelaki itu. Meminta penjelasan apa sebenarnya yang berlaku di antara mereka? 

“Masa kat kampung dan universiti dulu, aku hanya mampu dengar saja brand Gucci, Prada, Chanel, LV, Rolex, Armani… Tapi, bila aku kenal Sofea, dia sanggup berbelanja untuk aku. Dan bonus untuk dia pula, aku memang cintakan dia…” – AQIL FASHRIQ 

Murahnya cinta seorang lelaki kerana ditaburi dengan harta dan bodohnya seorang wanita kerana merampas kebahagian wanita lain. 

Zara Marissa cuba merelakan apa yang terjadi. Namun, siapa menyangka perpisahan dengan Aqil Fashriq sebenarnya telah melakarkan sebuah ketentuan lain untuk Zara Marissa.

"Saya terlalu kecewa sangat bila takdir tak memihak pada saya. Perlahan-lahan saya belajar untuk reda." - KHALISH RAYYAN. 

Bila hubungan Khalish Rayyan dan Zara Marissa semakin rapat. Ada seseorang dari masa silam datang cuba membunuh perasaan mereka. Tapi, bila mengetahui ada kisah sedih yang disampaikan dari bibir lelaki itu, hati perempuannya turut terusik. 

Dapatkah dengan kemaafan yang diberi boleh menebus kembali dosa-dosa yang lalu? 

Untuk kali ini sahaja, layakkah kisah cinta mereka diperjuangkan? 

Benarkah yang melukai, akan terluka akhirnya? 

Biarkan rasa itu bertaut, biarkan cinta itu bernafas kerana selagi kamu tidak berdamai dengan masa lalumu… selagi itulah tiada kesempatan untuk mencintai dan cintai.

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.