Free shipping for orders over RM100 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • destiny.gif

NOVEL MELAYU DANGEROUS DESTINY

RM 26.00
- +
code
icon-bag Add to Cart
Home

Karya: INTAN AIDDA


Antara dua dunia berbeza, mampukah ia menyatukan dua hati tika gelora cinta datang bertamu?

Sara Kamelia atau Kay, menyimpan figura lara dalam hidupnya. Dia yang pada asalnya seorang pembunuh upahan telah meninggalkan dunia hitam itu. Namun, kerana terdesak, Kay terpaksa menerima satu misi besar daripada kumpulan kongsi gelap terkenal, Black Pearl.

Megat Rayyan atau Ray, hidupnya dihantui dek rasa dendam terhadap ayahnya. Segala kesakitan yang ditanggung terpaksa disorok jauh. Dia tidak mahu sesiapa pun tahu tentang kewujudan Megat Ismadi kerana menganggap lelaki itu sudah lama mati.

Garisan takdir menemukan mereka dalam satu situasi yang tidak terduga. Kay telah diupah oleh kumpulan Black Pearl untuk menghapuskan Ray. Tetapi, kerana satu insiden, misi Kay terus berubah.

Daripada ingin membunuh lelaki itu, kini Kay bertindak sebagai pelindung Ray.

"Kenapa kau susah payah nak tolong aku? Kenapa kau susah payah nak bahayakan nyawa kau? Kau tahu aku siapa, kan?!" -KAY

"Sebab... saya sukakan awak." - RAY

"Apa yang kau mengarut ni?" - KAY

Saat rahsia hati diluahkan, masing-masing sedar bahawa ada satu tembok besar yang menghalang mereka daripada bersama.

Sampai bila Kay dan Ray perlu menongkah arus melawan luka demi meraih secebis bahagia?

Berapakah pula harga yang perlu dibayar demi menamatkan segala episod kesengsaraan itu?

Masihkah wujud 'happy ending' untuk kisah yang tidak sempurna ini?

Ketika duri menjadi api sekam yang kian menjalar luka... Ketika nyawa tidak lagi dipandang berharga... Ketika itulah permainan takdir pun bermula. 

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.