Free shipping for orders over RM100 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • kekasih.gif
  • IMG_20210511_0003.jpg

NOVEL MELAYU KEKASIH TULIP

RM 28.00
- +
code
icon-bag Add to Cart
Home

Penulis: IMAN FADIA

Kiriman jambangan bunga tulip daripada seseorang yang hanya dikenali sebagai Kekasih Tulip telah membuatkan seluruh hidup Juliana diselubungi teka-teki.

Sudilah teriima jambangan tulip ini. Jika diizinkan Tuhan, kita akan bertemu satu hari nanti. - Kekasih Tulip.

Zafril... abang kepada Zara, kawan baik Juliana pula mendesak Juliana agar bertemu dengan Ray yang sedang terlantar koma di hospital.

"Kenapa kau nak sangat aku jumpa dia?" - Juliana.

"Kau akan tahu juga nanti siapa Ray." - Zafril.

Perasaan cinta Juliana pada Zafril terpaksa dikuburkan. Dia sedar, dia bukanlah pilihan Zafril walaupun Puan Suwaibah, ibu Zafril begitu menginginkannya menjadi isteri kepada satu-satunya anak lelaki tunggal dalam keluarga itu.

"Maafkan aku. Aku tak suka kau. Aku dah beritahu mama yang aku dah ada calon sendiri." - Zafril

Belum reda dengan misteri siapa Kekasih Tulip dan bingung dengan desakan Zafril, timbul pula masalah lain. Seorang lelaki yang digelar Helmi sering muncul di depan Juliana.

"I just need someone to talk... " - Helmi

Kehadiran lelaki-lelaki itu dalam hidup Juliana telah menyebabkan Juliana mula berteka-teki siapa sebenarnya Kekasih Tulip yang sentiasa mengirimkan jambangan bunga tulip kepadanya.

Dapatkah Juliana mengetahui siapa sebenarnya Kekasih Tulip? Apakah rahsia yang disembunyikan oleh Zafril tentang Ray? Apakah pula kaitan Helmi dalam hidup Juliana?

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.