• Free MEMOPAD 2022 for orders over RM30 | Free shipping for orders over RM100 (SEMENANJUNG SAHAJA) Shop Now!
icon-search
icon-search
  • lemas.png
SALE 20%

[FAJAR PAKEER] NOVEL MELAYU LEMAS - FAJAR PAKEER

RM 24.00
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: FAJAR PAKEER

Penulis: ZAIFU ZAMAN AHMAD


Misteri sebuah kematian yang tidak bernisan membuka keanehan yang sukar untuk dijawab. Ada unsur-unsur mistik yang membutakan pandangan manusia. Pelbagai spekulasi terbit lantaran dari kejadian menakutkan.

Ini telah membuka lembaran baru bagi Inspektor Zaki. Namun, daripada hasil siasatan yang dia dapati sukar untuk mengesyaki sesiapa. 

Mangsa ditemui mati di dalam bilik hotel sedangkan maklumat bedah siasat mengatakan yang mangsa mati akibat lemas di dalam air.

Kejadian tersebut menyebabkan orang ramai tidak berani untuk berkunjung ke situ. Kakitangan hotel pula sering  diganggu sehingga ada kematian berlaku.

"Ada hantu dalam bilik itu." - MAZIAH

"Setahu aku mana ada orang menyewa di tingkat empat. Semua bilik kat situ kosong." - NURIN

"Saya beranggapan yang mangsa dibunuh bukan dengan jalan biasa." - INSPEKTOR ZAKI

Mampukah Inspektor Zaki menyelesaikan misteri kematian ini?

Dapatkah mereka menjawab punca segala ketakutan yang sering menyelubungi seluruh hotel berpuaka itu?

Adakah benar hanya dengan memanggil pawang, semua ini akan berakhir?

Tanpa diketahui ada cerita lain yang pernah terakam pada bangunan lama yang dijadikan hotel itu. Ada makhluk yang sengaja bersembunyi untuk terus melemaskan manusia dengan sejuta kejahatan.

Your Cart
Your cart is currently empty.
Continue browsing here.