Free shipping for orders over RM100 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • aku.png

NOVEL SEMPURNANYA AKU DENGANMU

RM 27.00
- +
code
icon-bag Add to Cart
Home

Terbitan: KARYA SENI

Penulis: AZRAQ


Permulaan kisah mereka tidak seindah yang disangka. Dek kecuaian ketika memandu,membawa Ulwan Kamal tersadai di Perak sebulan lamanya untuk mengotakan janji yang dibuat tanpa berfikir panjang. Namun terselit hikmah besar membuka ruang buat dirinya untuk kembalikepada fitrah daripada seorang lelaki yang mengambil mudah soal agama kepada pemuda yang sangat manghargai nikmat hidup bertuhan. Beberapa bulan telah berlalu. Kini Kamal kembali ke sana semula dengan satu matlamat. Misi itu mesti dilaksanakan segera. 

"Nabi pesan kalau sayang seseorang kena bagi tahu orang tu. Takkan awak tak pernah dengar hadis ni?" - ULWAN KAMAL

"Hadis tu bukan pakai kat awak. Awak bukan suami atau saudara saya nak kabo sayang bagai" - LATEEFA

"Laa... Awak tak tahu ke?" - ULWAN KAMAL

"Tahu apanya?" - LATEEFA

"Saya ni memang bakal suami awak." - LATEEFA

Setelah segala halangan ditempuhi, akhirnya Kamal dan Lateefa berjaya disatukan.

Belum sempat puas memeluk bahagia, akhirnya tugu cinta mereka rebah ke bumi. Lateefa pergi tak kembali, meninggalkan Uwais yang lahir atas bukti cinta sejati mereka berdua.

Masa berganti masa, tahun demi tahun berlalu menyaksikan keperitan Kamal tanpa cinta pertamanya. Jiwanya kosong tak berisi. Namun munculnya kembali cinta pertama itu merenjatkan segala sarafnya. Terlalu banyak yang hilang pada wanita itu. Tak terjangka. Lebih memilukan apabila rahsia yang lebih besar terbongkar. Tidak! Wanita itu miliknya, dahulu, kini dan selamanya. Dia takkan biarkan!

"Awak dah curi hati saya dari hari pertama saya terlanggar awak kat tepi jalan dulu. Masa tu la hati saya dah jatuh tergolek pada awak."

"Loya pula tekak awok mendengonya."

Dan sejak itu, hidup Uwais pula menjadi huru-hara. Bagaimana dengan Uwais? Bagaimana dengan anak kecil yang tidak pernah tahu erti kesempurnaan cinta itu? Terkorbankah perasaannya di sela kebahagiaan Lateefa dan Kamal?

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.