• 3.png
1
SALE

[FAJAR PAKEER] - SENTUH AKU DENGAN CINTAMU - SMO

Regular price
RM 19.80
Sale price
RM 19.80
Regular price
RM 22.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products
SENTUH AKU DENGAN CINTAMU
Kata orang, bila hati sudah suka semua jadi indah belaka. Bila kalbu terpaut sayang, kahwin
koboi pun sanggup diredah bersama. Tak ke tu kerja gila?
“Saat jumpa sayang, hati abang dah terdetik. Inilah bakal cinta mati abang. Abang nak
kita menghiasi hari-hari dengan penuh kasih sayang.” – FAYYAD
Cinta mampu hadir dalam pelbagai rupa dan cara. Sukar diramal, payah diterjemahkan. Tatkala rasa bahagia mula menjentik, ada saja serpihan duka menjadi sandiwara mengganggu hubungan Fayyad dan Vivy.
“Kau nak lama dengan anak aku, kau jangan cari pasal dengan aku. Faham?” – CIK KIAH
“Tak semudah itu kau akan bahagia. Kau saksikan semua yang kau angankan jadi sumpahan
duka!” – MAWAR
Menguruskan hati sendiri bukan kerja mudah, apatah lagi ada hati lain perlu dijaga. Impian dia anyamkan, hanya rintihan kecundang yang menjelma. Puas dia menangisi suratan.
Tatkala semangatnya bangkit kembali, hati perempuannya diuji sekali lagi.
Mustahil dia mahu menyayangiku kerana aku sedar siapa diriku. Terpulanglah pada dirinya untuk menyayangi siapa kerana itu haknya. - VIVY FARWIZAH
Masih adakah cinta untuk si dia selepas ada saja cubaan dengki dan khianat mengganggu hubungan yang terbina?
Kenapalah hidup ini terlalu banyak drama ciptaan manusia?
Cinta yang sempurna… cinta yang sejati… cinta yang selama-lamanya. Siapa yang tidak inginkannya?
Namun, bila sentuhan cinta meranapkan segala simpulan yang terikat. Pilihan apa lagi yang dia ada?