Free shipping for orders over RM100 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • template_umum1.png

SIRI CERITA HANTU: PUAKA DOBI LAYAN DIRI

RM 10.00
- +
code
icon-bag Add to Cart
Home

Terbitan: PENERBIT X
Penulis: SITI SOLEHAH, MUS NASMIAN & KHAIRUL AHMAD

“Tolong sama saya….,” rayu ah soh lagi dengan suara sayu menyeramkan. Keseluruhan tubuhnya hampir lolos keluar dari mesin basuh. Setiap kali ah soh bergerak, setiap kali itulah Manaf terdengar bunyi tulang-tulang patah. Mengilukan.
“Pergi sana, ah soh! Jangan kacau saya! Kenapa ah soh keluar mesin basuh macam Sadako keluar TV? Plagiat ni, plagiat!” Manaf yang panik menjerit-jerit.
“Kasi tolong sama saya….” Ah soh mendepangkan tangan, meminta Manaf menyambut tangannya. Dia menyeringai lagi. Makin banyak darah pekat keluar dari celahan gigi dan menakungi mulutnya.
Manaf mengesot menjauhkan diri dan menggeleng-geleng cemas.
“Tolong sama saya!” Tidak semena-mena ah soh memekik kuat dan wajahnya bertukar menjadi garang. Manaf tersentak seperti direnjat arus elektrik. Dengan sisa tenaga dan kekuatan yang ada, Manaf melompat dan terus berlari keluar kedai tanpa menoleh lagi. Jeritannya nyaring membelah malam. “Hantuuu!” Terus dia masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin.
Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.