• Novel(53)
  • Novel(54)
  • Novel(53)
1

[THE ZHARF] SISAKAN AKU WAKTU - SOFIA ROSES

Regular price
RM 37.00
Sale price
RM 37.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: The Zharf

Penulis : Sofia Roses


Adam Fawwaz, seorang jejaka yang dianugerahkan tuhan satu kelebihan-dia mampu melihat trauma dan rahsia terpendam seseorang hanya dengan menatap mata mereka. Bagi Adam, ini bukanlah keistimewaan, tetapi satu sumpahan yang menenggelamkannya ke dalam lautan kesakitan.

Segala-galanya berubah apabila dia bertemu dengan Qayla Elina, seorang gadis yang dikenali daripada perjodohan aturan keluarga, dia merasa seperti Qayla ditakdirkan tuhan untuknya kerana saat pertama kali mata mereka bertaut, Adam tidak dapat melihat kisah silam gadis itu. Setiap kali dia dekat dengan Qayla, sumpahannya lenyap. Di samping gadis ini, Adam nyaman.

"Why are you different Qayla?"

Namun di sebalik keajaiban ini, ada kisah yang masing-masing rahsiakan. Ada cerita yang kedua-duanya tidak mahu luahkan.

"Adam tidak sebaik yang kau sangka, Qayla"

Setiap detik yang mereka luangkan bersama, membawa mereka lebih dekat pada kebenaran dan pada akhirnya, kebenaran mencari jalannya sendiri. Mampukah mereka untuk saling menerima setelah kebenaran merungkai segalanya?