• teroka sains 3
  • qw_202208211413_0001 - Copy
  • photo_2022-08-22_15-16-32
  • photo_2022-08-22_15-16-29
  • photo_2022-08-22_15-16-27
  • photo_2022-08-22_15-16-24
1
SALE

TEROKA SAINS #3 - UNIKNYA AWAK

Regular price
RM 31.50
Sale price
RM 31.50
Regular price
RM 35.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: TEROKA SAINS

Penulis: WAN FAHMI, PHD & NUR ANNIES PHD


Hebat CiptaanNya

Syukurilah dengan segala nikmat anggota badan yang telah dikurniakan tuhan kepada anda.

Cuba Teka:

Siapa lebih sensitif terhadap suhu sejuk, lelaki atau perempuan?

Berapa banyak bau yang dapat dihidu oleh hidung kita?

Berapa banyak warna yang mata kita dapat kenalpasti?

Adakah kita boleh bernafas dan makan pada waktu yang sama?

Semua persoalan tentang manusia akan dirungkai di dalam buku Teroka Sains 3: Uniknya Awak.


ANDA TIDAK MENDENGAR DENGKURAN SENDIRI APABILA TIDUR

Tahukah anda bunyi dengkuran manusia adalah berbeza-beza. Tahap kebisingan dengkuran manusia boleh mencapai lebih 100 desibel. Bunyi dengkuran ada yang perlahan seperti orang bercakap dan berbual dan ada bunyi dengkuran yang kuat seperti bunyi mesin gerudi! Adakah anda pernah dengar orang lain tidur berdengkur?


MAKAN TERLALU BANYAK

Makan terlalu banyak tanpa kawalan boleh menyebabkan kesan kepada otak dan kesihatan mental anda. Kajian saintis terhadap manusia yang makan berlebihan termasuk orang yang mengalami obesiti mengalami penurunan kesihatan mental. Kesan yang negatif banyak berlaku kepada mereka yang makan secara berlebihan. Oleh yang demikian, jagalah kesihatan otak anda dengan baik bermula dengan makan makanan yang berkhasiat dan seimbang.


Bilangan rambut yang ada di kepala boleh berbeza mengikut individu. Namun, rata-rata orang mempunyai sekitar 100,000 helai rambut di kepala mereka pada satu masa. Keguguran antara 50 hingga 100 helai rambut sehari adalah normal. Dengan kira-kira 100,000 helai rambut di kepala anda, kehilangan kecil itu tidak dapat dilihat dengan ketara. Cuba lihat banyak tak rambut anda gugur di atas lantai.


BERLARI DI AWAL PAGI

Setelah banyak kajian dilakukan oleh saintis, adalah disarankan untuk anda makan sebelum berlari. Ini akan memberi tubuh anda bahan bakar yang diperlukan untuk berlari dengan selamat dan cekap. Pastikan tenaga anda cukup untuk berlari di pagi hari dan jangan lupa untuk makan 1 hingga 3 jam sebelum berlari. Paling penting jangan biarkan perut anda kosong kerana larian anda menjadi kurang efisien.


MEMATAHKAN JARI

Mematah-matah jari anda sehingga berbunyi tidak semestinya menyebabkan radang sendi. Bunyi 'pop' dari jari yang dipatahkan adalah  disebabkan oleh gelembung yang pecah di dalam cecair sinovial iaitu cecair yang membantu melincirkan sendi jari.