• tersusun.png
1
SALE

[FAJAR PAKEER] - TERSUSUN INDAH TAKDIR KITA - SMO

Regular price
RM 20.70
Sale price
RM 20.70
Regular price
RM 23.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products
TERSUSUN INDAH TAKDIR KITA
“Aku tak akan perbodohkan hidup aku untuk perempuan lagi. Semua perempuan sama
aje, tak guna… mata duitan. Pergi mati dengan duit kau tu.” – FATEH
Sakitnya apabila Nurin, wanita yang dia diimpikan untuk menjadi pengantin, memberi cinta yang penuh kepura-puraan. Saat itu Fateh enggan bercinta lagi. Buang masa!
Di kala Fateh menular virus membenci wanita, muncul pulak Wardah tekun menyebar virus jatuh cinta. Fateh malas nak layan… kalau layan pun terpaksa. Ingat senang ke nak repair hati yang dah hancur lebur ni?!
“Aku dah cakap aku tak mampu jadi suami kau tapi, tak ada seorang pun yang dengar cakap aku. Mereka suruh cuba hidup dengan kau. Aku rasa aku cuba hancurkan hidup kau sekarang ni.” – FATEH
Bagi Warda, dia akan pertahankan mahligai yang dibina. Dia yakin kekuatan cintanya mampu melumpuhkan virus-virus benci lelaki itu.
Belum sempat cinta mereka membara, muncul gelombang negatif yang membuat masing-masing teruji dengan kejujuran.
Rahsia lama terbongkar buat Warda tahu siapa Fateh sebelum ini. Sejak itu juga, Fateh berubah tingkah sehingga Warda rasa diabaikan.
Andai awak rasa menyampah dengan cincin ini, jangan buang cincin ini saja. Buang saya sekali dalam hidup awak.” - WARDA
Tegar kah Fateh melepaskan Warda yang sanggup susah senang dengannya?
Masih adakah keinginan mereka mempertahankan cinta yang baru saja mekar tanpa sempat berbunga?
Takdir mempertemukan mereka untuk saling jatuh cinta, namun takdir jua memberi petanda bahawa perpisahan adalah jalan yang terakhir untuk menoktahkan segala teka teki daripada terus saling menyakiti.