Q & A SMO CARD

 

A. PENDAFTARAN SMOCARD

 

1. Apa keistimewaan MEMILIKI SMO Card?

 

  • Kumpul Mata Ganjaran untuk penebusan
  • Potongan Menarik bagi barangan terpilih
  • Diskaun Hari Lahir pada Hari Lahir, untuk membeli barang pada harga lebih istimewa
  • Aktiviti-aktiviti menarik seperti pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan dewasa serta permainan di pesta buku.
  • Potongan 10% sepanjang masa untuk buku-buku kecuali buku-buku harga tetap dan buku teks.
  • Bayaran RM10 untuk SEUMUR HIDUP.
  • Satu smocard boleh digunakan untuk 1 keluarga dengan syarat sentiasa bawa kad semasa urusan jual beli.

 

2. Kenapa SMO CARD saya di BLOCK @ tak boleh digunakan?

 

  • SMOCard di’block’ apabila ada dua nombor kad pengenalan yang sama di dalam sistem.
  • Pemegang SMOCard sebelum ini ada membuat pendaftaran kad baru atas alasan kad hilang.
  • Penyelia/ Staff Cawangan kena check terlebih dahulu di kaunter bayaran
  • ( Member Check =CTRL + F12), menggunakan nombor I/C pemegang kad
  • Sekiranya nama dan I/C sama, minta pemegang kad tersebut tukar nama dan I/C kad lama dengan nama dan I/C orang lain.
  • Pemegang Kad tersebut perlu isi borang lain untuk tukar nama
  • Tiada Bayaran untuk proses tukar maklumat ini

 

3. Macam mana nak tukar alamat?

 

  • Cawangan : Isi borang pendaftaran ahli di ruangan nama, I/C dan alamat baru. Isikan nombor pemegang smocard tersebut di ruangan nombor smocard
  • HQ : Nyatakan maklumat pemegang smocard seperti nama dan nombor smocard serta alamat baru. Pihak Unit SMOCard akan update di dalam sistem


4. Sekiranya SMOCard saya hilang, apa yang perlu dilakukan?

 

  • Pergi ke mana-mana cawangan smobookstores terdekat
  • Maklumkan kepada staf cawangan untuk buat gantian smocard
  • Isi maklumat baru di dalam borang
  • Bayaran RM10 dikenakan untuk gantian smocard
  • Smocard yang hilang, akan di’block’oleh staf smocard, dan point di dalam smocard yang hilang akan dimasukkan ke dalam smocard baru.
  • Andai kata kad lama dijumpai semula, boleh aktifkan semula kad tersebut dengan syarat kad tersebut adalah kad seumur hidup (lifetime) dan tukarkan nama & IC serta maklumat lain kepada penama yang baru

 

5. Jika tidak bawa smocard, bolehkah guna nombor I/C @ nombor telefon?

 

  • Pemegang SMOCard perlu bawa smocard semasa proses pembayaran.
  • SMOCard wajib di scan di kaunter
  • Syarikat tidak membenarkan penggunaan nombor I/C @ nombor telefon di kaunter bayaran.

 

6. Bolehkah pelanggan mendaftar smocard bagi nama dan I/C yang sama untuk lebih dari satu kad?

 

  • Pelanggan TIDAK BOLEH mendaftar smocard atas nama dan nombor I/C yang sama untuk beberapa smocard berbeza.
  • Jika ada pelanggan yang sudah mendaftar smocard dengan satu nama yang sama, pihak Unit SMOCard akan ’block’ smocard lama

 


7. Bolehkah orang lain menggunakan smocard yang didaftarkan atas nama orang berlainan??

 

  • BOLEH dengan syarat sentiasa bawa kad semasa urusan jual beli

 

8. Pada peringkat umur berapa pelanggan layak untuk mendaftar smocard?

 

 

  • Pelanggan yang mempunyai MYKAD dan MYKID yang sah



9. Pelanggan bukan warganegara Malaysia, layak atau tidak untuk mendaftar smocard?



  • Bukan warganegara Malaysia TIDAK LAYAK mendaftar smocard. Pendaftaran SMOCard terbuka kepada warganegara Malaysia yang mempunyai MYKAD dan MYKID yang sah.



10.  Bolehkan smocard digunakan untuk touch & go?

  • TIDAK BOLEH digunakan untuk touch & go, kerana smocard ini bukan kad bayaran atau kad kredit.



11.  Selepas mendaftar smocard, adakah boleh terus digunakan?

  • Selepas mendaftar, pemegang smocard boleh terus membuat pembelian dan mendapat potongan diskaun menggunakan smocard.



12. Bolehkan smocard digunakan di semua cawangan smobookstores?

  • BOLEH digunakan di semua cawangan smobookstores (Kelantan, Terengganu, Kuantan, Kuala Lipis dan Giant Putra Heights) termasuk BookXpress dengan syarat sentiasa bawa kad semasa urusan jual beli

 

13. Bagaimana untuk mengetahui setiap promosi yang dibuat oleh smobookstores ?

  • Melalui iklan di website smobookstores.com
  • Media Sosial smobookstores : FB, twitter dan instagram
  • Flyers di cawangan smobookstores
  • Email kepada pemegang smocard yang subscribe iklan melalui website sahaja



14. Selepas mendaftar smocard, adakah pelanggan akan diberikan terus kad?

  • Selepas mendaftar, pelanggan akan diberikan terus kad dan boleh membuat pembelian serta mendapat potongan diskaun menggunakan smocard


15. Berapakah kiraan point bagi setiap pembelian barang?

  • RM 1 untuk 1 point, tertakluk kepada sebarang perubahan

 

16. Kenapa smocard tiada nama pemegang kad?

  • Di resit pembelian ada tertera nama pemegang smocard



17. Bolehkah menggunakan smocard untuk pembelian online?

  • Layari smobookstores.com, dan klik button whatsapp untuk membuat pembelian secara online.



18.  Adakah smocard ini mempunyai tarikh luput?

  • SMOCard ini untuk seumur hidup.
  • TETAPI, SMOCard yang tidak digunakan selama 5 Tahun akan terbatal secara automatik. Pemegang SMOCard perlu membeli kad baru untuk menggantikannya
    1. Sekiranya 5 tahun kad tidak digunakan, point akan kosong
    2. Tiada masa tambahan, contoh pemegang SMOCard datang ke kedai selepas 5 tahun, 5 tahun 3 hari atau 5 tahun 1 hari, smocard akan terbatal.dia kena buat kad baru dengan bayaran RM10

 

B. PENEBUSAN MATA GANJARAN

 

1. Macam mana nk Redeem point?

 

  • Bila point mencapai tahap matang (point matang : 500 POINT KE ATAS)
  • Layari www.smobookstores.com untuk request redeem atau request di cawangan
  • Cetak atau tunjukkan Baucer yang dihantar melalui email dimana-mana cawangan SMO Bookstores.

 

2. Macam mana saya nak tahu point terkumpul?

 

  • Kalau Pemegang SMOCard tersebut menghubungi HQ, sila minta nombor SMO CARD, dan check di dalam sistem.
  • Di kaunter bayaran…Ctrl + F12, kemudian scan SMO CARD…akan keluar point terkumpul.
  • Layari smobookstores.com untuk check point secara online.

 

3. Bolehkan pemegang smocard menebus point secara terus di kaunter pembayaran?

 

  • TIDAK BOLEH menebus point secara terus di kaunter pembayaran
  • Apabila point mencapai tahap matang, (bermula 500 point dan ke atas) Pemegang smocard perlu membuat ‘request’ penebusan melalui website atau cawangan.
  • Pihak Unit SMOcard akan proses baucar redeem dan akan email kepada pemegang smocard. Cetak atau tunjukkan Baucar di kaunter semasa proses pembayaran.
  • Alamat Email perlu pastikan tepat & betul


 

4. Kenapa point tidak diletakkan di dalam resit pembelian?

 

 

    • Point semasa hari pembelian sudah tertera pada resit. Tetapi point terkumpul hanya boleh disemak di kaunter pembayaran @ ’request check collected points’ melalui website smobookstores.com

C. DISKAUN HARI LAHIR

 

1. Macam mana nak guna Diskaun Hari Lahir (TERMA & SYARAT)?

 

  • Sila serahkan MYKAD dan SMO CARD. Hanya SAH untuk hari lahir yang didaftarkan sahaja.
  • Diskaun Hari Lahir hanya boleh ditebus pada hari lahir Pemegang SMOCard sahaja
  • Diskaun Hari Lahir hanya sah untuk pembelian BUKU sahaja (kecuali buku teks, buku harga tetap & alat tulis)… Pemegang SMOCard boleh beli lebih dari satu buah buku pada hari lahir tersebut.

 

D. PENYATA PEMBELIAN

 

1. Adakah smocard dapat digunakan untuk ’claim income tax’ (penyata pembelian) ?

 

  • Ya. Berikut adalah cara permohonan :

     

    • WEBSITE : Layari smobookstores.com, buat ‘request’ penyata pembelian. Kemudian, pihak Unit SMOCard akan proses dan email penyata pembelian kepada pemegang smocard
    • CAWANGAN : Buat ‘request’ penyata pembelian di cawangan. Pemegang smocard nyatakan nombor smocard, nama, I/C, nombor telefon, email dan tahun penyata yang dikehendaki. Kemudian, staf email maklumat tersebut kepada Unit SMOCard. Unit SMOCard akan proses dan email penyata pembelian kepada pemegang smocard. Jika pihak Unit SMOCard email penyata pembelian kepada cawangan, staf perlu hubungi pemegang smocard untuk datang ambil penyata pembelian tersebut.

 

 

 

 

Delivery Info

Cash on delivery not available

Payment Methods