Home > Products > Book > Novel > CALON MENANTU HANTU
CALON MENANTU HANTU
enlarge

CALON MENANTU HANTU


Rating: 0 out of 100 - based on 0 review(s) | Write Review | Add to Compare
RM27.00  
Item details
SKU: 9789838220170

Stock: Stock available

Brand: FAJAR PAKEER
Penerbit: FAJAR PAKEER
Penulis: HANI AMIZAM
Product Code: 9789838220170
  Share This   Add To Facebook   Add To MySpace   

TERBITAN: FAJAR PAKEER

PENULIS: HANI AMIZAN

Dia YUSUF ABID, dan aku BUNGA AISHAH. Dia orang panggil Usop Hantu, manakala aku pula orang sapa

Ecah, Ecah? Tak glamour langsung, tapi tak apalah, nama Ecah lebih baik daripada digelar hantu macam

Usop dan wajarlah orang gelar dia hantu. Dalam semua orang menyapa diriku dengan nama Ecah, hanya

Usop sahaja yang memanggil namaku dengan panggilan Bunga. Bila kutanya mengapa memanggil

namaku Bunga? Sahutnya kerana hidungku kembang seperti bunga raya. Kenyataan berani mati

Usop buat hatiku marah. Suka sangat cari pasal.

" Tengok sayur ke tu? - USOP HANTU

" Taklah, tengok anak ayam." - BUNGA

" Ceh, belajar tinggi-tinggi, sampai keluar negara, tapi sayang tak juga bijak. Sayur dengan anak ayam pun

tak dapat beza. Rabun ke buta?" - USOP HANTU

Setiap kali berjumpa, setiap kalilah Usop akan cari pasal dengan Bunga. Kenapalah dia jadi macam tu?!

Ada masalah jiwa atau kurang kasih-sayang?

Tapi, bila selalu sangat bergaduh, tiba-tiba Usop senyap tanpa usikan. Bunga rasa kosong dan rindu

pada usikannya. Bila dapat tahu Usop sudah bertunang, rasa rindu itu perlahan-lahan pergi.

Namun satu kejadian yang tak disangka telah mengubah kehidupan Bunga dan Usop.

" Awak dah patahkan tulang saya, awak juga dah hampir patahkan hati saya." - USOP HANTU

" Maaf, saya tak sengaja. Kalau awak nak tuntut ganti rugi...sila berikan jumlahnya. Saya akan cuba cari

duit dan bayar." - BUNGA

Ganti rugi yang Usop mahukan bukan berbentuk wang ringgit namun ganti ruginya adalah sekeping

hati kepunyaan Bunga. Benci? Cinta? Peratus manakah yang mendominasi hati Bunga?

Adakah Bunga dan Usop antara manusia yang ditakdirkan untuk merasa luka dan bahagia?

Delivery Info

Cash on delivery not available

Payment Methods