PULANG
enlarge

PULANG


Rating: 0 out of 100 - based on 0 review(s) | Write Review | Add to Compare
RM25.00  
Item details
SKU: 9789674690861

Stock: Stock available

Brand: KARYA SENI
Penerbit: KARYA SENI
Penulis: LILY HASLINA NASIR
Product Code: 9789674690861
  Share This   Add To Facebook   Add To MySpace   

TERBITAN: KARYA SENI

PENULIS: LILY HASLINA NASIR 

Berpuluh tahun aku menanti. Berpuluh tahun aku mengharap. Aku kumpul rindu yang tak pernah berkurang.

Allah mengirimkan aku kekuatan dan kesetiaan sebagai isteri. Aku tetap menunggu engkau pulang, Othman!

Perlahan-lahan, banyak yang aku pelajari apabila aku mengenali lelaki seperti Othman. Dia lelaki yang terasuh

melalui ombak dan ribut taufan. Dia lelaki yang tahan dibanting dan dihempas. Untuk perempuan yang setia

pada cinta seperti aku, aku terpaksa menerima hidupnya sebagai anak laut dengan pasrah.

Entah berapa banyak air mata tumpah. Entah berapa kali laut memisahkan kami. Othman terlalu memuja

laut biarpun laut kadangkala seperti mahu menguburkannya di dasar yang penuh karang itu. Engkau tak

pernah tahu , rasa sengsara apabila saling mencintai tapi diri dibatasi jarak dan waktu. Akhirnya yang tinggal

cuma cinta. Yang berbaki hanya setia.

-CHE THOM-

Aku ingat lagi Thom, sewaktu aku di pantai untuk mencuci sampan, aku tergamam melihat engkau melintasi

aku. Aku menyesal tak sudah masa tu! Ralat dan rugi sungguh aku rasakan sebab kau sudah ada depan

mata, tapi aku pula berat mulut untuk menyapa. Ayat bukan main cantik aku dah karang dalam kepala.

Tapi bila engkau depan mata, semuanya terbang ke laut! Aku anak laut, kau gadis darat, kita mencari

titik untuk saling mesra dan mengerti.

Aku janji Thom, aku pulang. Aku janji aku balik semula ke Serkam. Aku tak ada harta di sini.

Izinkan aku belayar keliling dunia. Aku buat semua ini untuk kau, Thom. Aku janji aku kirim berita untuk

kau

- OTHMAN ALIAS -

Dua hati saling mencintai bertemu. Othman anak muda yang dewasa di laut. Menyimpul kasih dengan

Che Thom, gadis yang sangat setia menumpah kasih hanya untuk Othman. Tuntutan hidup membuatkan

mereka terpisah. Othman berlayar keliling dunia, menjadi anak kapal sejati, hidup sentiasa diasak

gelombang ganas. Namun hatinya tak sesekali melupakan Che Tom.

Cuma, hati yang ditinggalkan sentiasa merusuh. Penantian bagai tiada kesudahan. Sampai bila

harus menunggu? Di mana surat dan khabar berita yang dijanji. Mengapa hanya poskad bisu tanpa cerita

yang dikirim Othman?

Dimana engkau, Othman?

Lupakah engkau pada janji?

Aku akan menunggu engkau pulang biar berpuluh tahun lamanya!

Delivery Info

Cash on delivery not available

Payment Methods